Aktivitiku 2012

Sepanjang tahun 2012, pelbagai aktiviti yang telah dirancang telah dilaksanakan dengan baik.Walaupun warga sekolah Sekolah Sekolah Kebangsaan Terusan hanya mempunyai murid seramai 127 orang, guru seramai 17 orang termasuk guru besar dan 2 orang anggota kumpulan sokongan, berkat muafakat dan kerjasama segala aktiviti dapat dijalankan. Syukur alhamdulillah.

Aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan sepanjang tahun adalah Pertandingan Bercerita, English competition, Karnival Bahasa, Sambutan Maulidur Rasul, Seminar jati Diri, Semarak Kemerdekaan, Merentas Desa, Senamrobik 1m1s1m, sukan tara, Karnival sukan dan permainan, sukaneka, Hari guru, sambutan Hari Raya Aidilfitri, sukan balapan dan padang, majlis anugerah kecemerlangan pelajar, dan beberapa aktiviti yang telah pun diadakan.

Sekolah juga terlibat dengan aktiviti seperti mengelola aktiviti daerah dan membantu acara-acara daerah.Antaranya ialah mengelola PSKPPS zon bandar bola tampar, ajk protokol konvokesyen Pra sekolah zon bandar, Ajk protokol majlis khatam Quran peringkat daerah, ajk jamuan Bakat pra sekolah, ajk peralatan sukan MSSLD dan sebagainya lagi.

Dengan bilangan guru yang amat terhad, sebagai pendidik kami cuba berusaha menjalankan tanggungjawab yang diamanah dengan sebaik mungkin.

 

7 thoughts on “Aktivitiku 2012

Tinggalkan Jawapan kepada jurairah Batal balasan