Rancangan pengajaran Harian Tahun 3

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3
Tarikh : 29.10.2012
Masa : 08.10 – 09.10 Pagi
Kelas : 3 Standard
Bil. Murid : 15 /16 Orang (5 Lelaki 11 Perempuan)
Tema : Malaysia Boleh!
Tajuk : Jaguh Badminton Negara.
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :
6.3 : Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan
daripada teks
Aras 2 (i) : Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.
Fokus Sampingan :
8.1 : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Aras 1 (i) : Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan
tulisan yang cantik.
9.1 : Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
Aras 1 (i) : Mengeja dan menulis perkataan dan ayat yang diperdengarkan.
Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Mengecam isi penting daripada petikan surat khabar tentang “Datuk Lee Chong Wei” dengan betul dan tepat.
2. Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi dengan betul dan tepat.
3. Mengeja dan menulis ayat yang diperdengarkan dengan betul dan tepat.
Jurairah Amappease
4
Sistem Bahasa : Simpulan Bahasa
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Sains dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Nilai : Patriotisme dan kerjasama.
Kemahiran Generik : Kemahiran berfikir (mengelas, mengumpulkan,
merumuskan, dan mengkategorikan)
Belajar Cara Belajar (berbincang, memberi idea, dan
membaca)
Pendekatan Pembelajaran : Berpusatkan murid, dan berpusatkan guru.
Strategi P & P : Kolaboratif
Kecerdasan Pelbagai : Verbal-Linguistik, Interpersonal, Kinestetik dan Visual-
Ruang
Teknik : Perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, dan
sumbangsaran.
Bahan Bantu Mengajar :
 Komputer riba
 Pembesar suara
 LCD
 Muzik iringan – Casavansary.
 Paparan Powerpoint Datuk Lee Chong Wei
 Paparan Powerpoint Keratan Akhbar bertajuk “Chong Wei takhluk edisi ke-100”
 Paparan Powerpoint Sistem Bahasa
 Paparan Powerpoint Bina Ayat
 Roda impian
 Silang Kata
 Peti Surat
 Poskad daripada Cikgu Mimi
 Sampul Surat Berwarna Warni
 Surat Khabar Mini bertajuk “Jaguh Badminton Negara”.
Perbendaharaan Kata : tulang belakang, bulat hati, besar hati,
Jurairah Amappease
5
Pengetahuan sedia ada : murid pernah mendengar melalui televisyen
dan membaca di surat khabar tentang Datuk
Lee Chong Wei.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Poskad daripada Cikgu Jurairah “Poskad”
Soalan :
1. Apakah mesej yang Cikgu Jurairah tuliskan dalam poskad ini?
2. Siapakah nama tokoh yang cikgu nyatakan dalam poskad tersebut?
3. Mengapakah kamu mengagumi tokoh ini?
1. Guru menunjukkan sebuah peti surat kepada murid-murid.
2. Seorang murid diminta membaca poskad tersebut secara senyap, kemudian menyampaikan maklumat itu kepada rakan dengan cara berbisik.
3. Murid terakhir yang menerima maklumat tersebut diminta menyatakan maklumat tersebut di hadapan murid-murid lain.
4. Guru bersaoal jawab dengan murid-murid.
5. Guru mengaitkan maklumat tersebut dengan isi pelajaran.
BBM
-Poskad daripada Cikgu Jurairah “Keranamu Malaysia”
-Muzik Iringan “Casavansary”
-Peti Surat
Kecerdasan Pelbagai :
– Verbal-Linguistik
– Interpersonal
Kemahiran Bernilai Tambah :
– Kontekstual
Nilai :
Kerjasama
Jurairah Amappease
6
Langkah 1
(15 Minit)
Petikan Surat Khabar Berita Harian bertajuk “Chong Wei takluk edisi ke-100 ”.
Isi Penting :
1. Nama tokoh sukan
2. Pertandingan yang disertai
3. Pihak Lawan
4. Mata yang diperolehi
5. Masa yang diambil
6. Gelaran
1. Guru mengedarkan surat khabar mini kepada murid-murid yang bertajuk “Chong Wei takluk edisi ke-100” kepada murid-murid.
2. Murid diperdengarkan dengan rakaman berita kepada murid-murid.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kandungan isi petikan surat khabar yang diperdengarkan.
4. Murid diarah mencari beberapa isi penting dalam petikan surat khabar tersebut.
5. Guru memilih beberapa orang murid membacakan semula maklumat yang diperolehi.
6. Guru menayangkan paparan powerpoint tentang “Datuk Lee Chong Wei”.
7. Guru menilai dan membuat peneguhan hasil bacaan murid.
BBM :
– Surat Khabar Mini bertajuk “Chong Wei Takluk Edisi Ke-100”
-Peti Surat.
-Rakaman berita tentang Datuk Lee Chong Wei.
Teknik :
-Perbincangan
-Sumbangsaran
Kecerdasan Pelbagai :
– Verbal-Linguistik
– Intrapersonal
Kemahiran
Berfikir :
-Mentafsir
-Menjana idea
Nilai :
Disiplin
Jurairah Amappease
7
Langkah 2
(15 minit)
Ayat tunggal
Soalan :
Bina ayat daripada benda-benda berikut.
1. Pemain
2. Raket
3. Gelanggang
4. Bulu tangkis
5. Jaring
1. Murid dipertontonkan dengan paparan powerpoint tentang “Bina ayat tunggal”.
2. Guru menunjukkan beberapa benda maujud kepada murid iaitu raket, bulu tangkis, dan jaring.
3. Guru mengarah murid-murid melengkapkan potongan ayat yang diberi dengan perkataan yang sesuai supaya menjadi ayat tunggal.
4. Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan mereka.
5. Guru memilih beberapa orang murid membacakan ayat tunggal yang mereka tulis.
6. Guru menilai dan membuat peneguhan hasil tulisan murid.
BBM :
– Surat khabar mini bertajuk “Chong Wei Takluk Edisi Ke-100”
-Paparan powerpoint “Bina Ayat”.
-Reket.
-Bulu Tangkis.
-Jaring
– Muzik iringan
Pendekatan :
-Berpusatkan murid
Strategi :
-Kolaborasi
Teknik :
-Perbincangan
Kem.Berfikir :
-Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai :
-Intrepersonal
-Verbal-Linguistik
Nilai :
Kerjasama
Jurairah Amappease
8
Langkah 3
(15 minit)
Imlak
Ayat
1. Kejayaan ini menyaksikan ayam tambatan negara itu mencipta kebanggaan apabila mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu.
2. Kejayaan Chong Wei kali ini mengikut jejak Muhammad Hafiz Hashim yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England pada tahun 2003.
1. Guru mengarah murid-murid duduk di tempat mereka masing-masing dalam keadaan senyap.
2. Guru mengarahkan murid membuka surat khabar mini yang diberikan.
3. Murid diarah membuka surat khabar pada bahagian penulisan imlak.
4. Guru menerangkan kepada murid-murid cara imlak akan dilakukan.
5. Murid menulis ayat yang dibacakan oleh guru pada kertas yang telah disediakan.
6. Guru menilai hasil penulisan murid dan memberi peneguhan.
BBM :
– Lembaran aktiviti
-Paparan powerpoint untuk aktiviti imlak.
Pendekatan :
-Berpusatkan murid
Kecerdasan Pelbagai :
-Intrepersonal
-Verbal-Linguistik
Nilai :
Disiplin
9
Langkah 4
(7 minit)
Sistem Bahasa
– Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
1. Ayam tambatan
2. Ikut jejak
3. Bulat hati
4. Membanting tulang
1. Guru menerangkan maksud simpulan dan memberikan contoh yang sesuai kepada murid-murid.
2. Murid diarah duduk dalam kumpulan masing-masing.
3. Guru menjalankan kuiz “Roda Impian”
4. Guru menyimpulkan hasil kerja murid hari ini.
BBM :
-Surat Khabar Mini
-Paparan Powerpoint Sistem Bahasa
-Roda Impian
-Sampul Surat Pelbagai Warna
Teknik :
-Permainan
Pendekatan
-Berpusatkan Guru
Kecerdasan Pelbagai :
-Verbal-linguistik
-Kinestetik
Nilai :
Kerjasama
Penutup
(3 minit)
Rumusan isi pelajaran.
Penutup Sosial dan Penutup Kognitif
1. Guru mengajukan beberapa soalan pantun teka-teki kepada murid menggunakan paparan powerpoint.
2. Beberapa orang murid dipilih untuk menjawab teka teki tersebut.
3. Guru merumuskan
Pembelajaran hari ini.
BBM :
-Paparan powerpoint Pantun Teka-teki
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal-Linguistik
Jurairah Amappease
10
BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Paparan Power Point
A) Pengenalan

11
12
B) Bina Ayat Tunggal
13
C) Sistem Bahasa

14
D) Pantun
Jurairah Amappease

16
2. Poskad
3. Peti Surat
4. Surat Khabar
17
5. Lembaran Kerja Murid

Tinggalkan komen